Sunday, 20 May 2012

Ucapan Pengerusi Masjid

UCAPAN DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KHAIRIAH MASJID AL-HUDA
KAMPUNG HANGUS 09200 KUPANG,BALING DARULAMAN.
Assalamualaikum  swt……
           Marilah sama-sama kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah swt kerana kita masih lagi dipanjangkan usia dan berada didalam keadaan sihat disamping sanak-saudara,rakan taulan seluruh muslimim dan muslimat berada yang aman sejahtera.
           Saya Hj Hassan Bin Hj Yaakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Khairiah Masjid Al- Huda Kupang dan juga mewakili  Jawatankuasa  Khairiah dan Jawatankuasa Pembangunan Masjid yang telah bermesyuarat pada 11/11/2011,jam 8.45 malam(selepas solat isya) bertempat di perkarangan masjid Al-Huda dan telah membuat keputusan untuk menyambung membina,memperbaiki dan mengubahsuai masjid yang sedia ada(masjid yang dibina pada tahun 1932 dan perlukan diperbaiki,diubahsuai kerana keadaan struktur bangunan yang retak dan belum mempunyai pagar dari tahun 1932 hingga sekarang).
            Dengan ini,saya merayu kepada penderma-penderma yang budiman agar dapat menyambung derma khairat bagi maksud membina,mengubahsuai,memperbaiki ,membina pagar dan kerja-kerja yang bersangkutan dengannya.Anggaran yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Agama Negeri  Pulau Pinang sebanyak RM 250 000.00.Ini disebabkan lokasi masjid terletak dilaluan jalan utama iaitu dari Butterworth ke Pantai Timur(diantara Butterworth-Kulim-Kupang-Grik-Kelantan).Masjid ini juga menjadi salah satu tempat persinggahan utama oleh pengguna-pengguna yang menggunakan jalanraya utama ini tidak kira siang ataupun malam(terutama pengguna dari negeri Perak,Kelantan,Terengganu dan Selatan tanahair).
            Oleh itu,keselamatan masjid selalu terganggu kerana ketiadaan pagar di kawasan masjid/kubur dan menyebabkan berlakunya kecurian,binatang -binatang yang tidak diingini  datang merosakkan batu nisan.Dengan itu,saya amat berharap dan merayu kepada penderma-penderma agar dapat memberi sumbangan FISABILILLAH kepada Masjid Al-Huda Kupang,Baling,Kedah.Segala sumbangan dan jasa baik penderma-penderma,saya mengucapkan jutaan terima kasih dan mengharapkan Allah swt menambahkan lagi ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.

Sesiapa ingin menyumbang derma fisabilillah ke:BANK ISLAM,atas nama:Masjid Al huda Kampong Hangus.no akaun:02048020471238

Drp:Ust Hj Hassan Bin Hj Yaakob
Pengerusi/imam Masjid Al Huda Kampung Hangus.

No comments:

Post a Comment