Sunday, 20 May 2012

Pengenalan Utama



Masjid Al Huda Kampung Hangus,Mukin Kupang,Baling,Kedah telah dibina pada tahun 1932.Terletak dilaluan jalanraya Butterworth ke Pantai Timur dan 5 KM Dri Pekan Kupang.Pada peringkat permulaan Masjid dibina dengan semangat gotong-royong oleh penduduk-penduduk sekitar yang terdiri daripada 8 buah kampung iaitu Kampung Hangus,Kampung Pisang,Kampung Charok Rambai,Kampung Pak Bong,Kampung Tok Saba,Kampung Bedang Becah,Kampung Bedang Padang dan Kampung Penghulu Hassan.Jumlah jemaah keseluruhan  daripada 8 buah kampung ialah 130 orang.Pertambahan penduduk sedikit demi sedikit,maka pihak JawatanKuasa Khairiah Masjid telah memperluaskan bangunan Masjid pada tahun 1991 melalui wang kutipan wakaf daripada penduduk-penduduk sekitar.
          Sekitar tahun 1995,Sekolah Menengah Agama(Arab)Yayasan Khairiah telah mewujudkan sistem asrama penuh melibat pelajar yang dianggarkan seramai 1000 orang yang mana pelajar-pelajar ini menggunakan Masjid ini terutama pada hari Jumaat.Ini menyebabkan Masjid pada hari jumaat,tiada ruang untuk jemaah menunaikan solat Jumaat dan terpaksa bersembahyang di luar Masjid.Pada ketika itu penambahan jemaah pada hari jumaat dianggarkan seramai 1200 orang.
          Menjelang pada tahun 2008,bilangan jemaah menggunakan Masjid ini terutama pada hari jumaat telah bertambah dan dianggarkan seramai 1400 orang.Ini disebabkan lokasi Masjid terletak bersebelahan jalan utama antara Butterworth ke Pantai Timur dan menjadi tempat persinggahan untuk berehat dan mengerjakan solat 5 waktu.
          Sudah berkurun lamanya,masjid ini TIADA MENARA yang menandakan symbol sesebuah masjid.Ia juga digunakan untuk meletakkan speaker-speaker bagi azan didengari oleh seluruh penduduk khairiah.

Daripada
Shaidan Mohamad Ali,(019-4186969)
(Setiausaha Pembangunan  dan Pemangku Setiausaha Khairiah Masjid  Al Huda Kampung Hangus).

No comments:

Post a Comment