Monday, 30 July 2012


ASSALAMUALAIKUM WTA..KEPADA DERMAWAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT....

SUASANA KESESAKAN MASJID AL HUDA KAMPUNG HANGUS
AHLI JAWATANKUASA MEMOHON DERMAWAN MEMBANTU MASJID INI.
MEMBESARKAN MASJID,TEMPAT WUDUK LELAKI/PEREMPUAN,TANDAS PEREMPUAN,
MIHRAT YANG RETAK DAN KUBAH YANG BERKARAT.SAYA MEMOHON KEPADA DERMAWAN UNTUK DATANG SENDIRI MELIHAT KEADAAN MASJID INI.KESELURUHAN KOS UNTUK MENGUBAHSUAI,MENGANTIKAN,MEMBUAT PENAMBAHAN DAN LAIN-LAIN SEBANYAK RM 250 000.00 DAN AJK MASJID MENGHARAPKAN DERMAWAM DAPAT MENYUMBANG SEBERAPA BANYAK YANG DAPAT

UNTUK PENGETAHUAN

          Masjid Al Huda Kampung Hangus,Mukin Kupang,Baling,Kedah telah dibina pada tahun 1932.Terletak dilaluan jalanraya Butterworth ke Pantai Timur dan 5 KM Dri Pekan Kupang.Pada peringkat permulaan Masjid dibina dengan semangat gotong-royong oleh penduduk-penduduk sekitar yang terdiri daripada 8 buah kampung iaitu Kampung Hangus,Kampung Pisang,Kampung Charok Rambai,Kampung Pak Bong,Kampung Tok Saba,Kampung Bedang Becah,Kampung Bedang Padang dan Kampung Penghulu Hassan.Jumlah jemaah keseluruhan  daripada 8 buah kampung ialah 130 orang.Pertambahan penduduk sedikit demi sedikit,maka pihak JawatanKuasa Khairiah Masjid telah memperluaskan bangunan Masjid pada tahun 1991 melalui wang kutipan wakaf daripada penduduk-penduduk sekitar.
          Sekitar tahun 1995,Sekolah Menengah Agama(Arab)Yayasan Khairiah telah mewujudkan sistem asrama penuh melibat pelajar yang dianggarkan seramai 1000 orang yang mana pelajar-pelajar ini menggunakan Masjid ini terutama pada hari Jumaat.Ini menyebabkan Masjid pada hari jumaat,tiada ruang untuk jemaah menunaikan solat Jumaat dan terpaksa bersembahyang di luar Masjid.Pada ketika itu penambahan jemaah pada hari jumaat dianggarkan seramai 1200 orang.
          Menjelang pada tahun 2008,bilangan jemaah menggunakan Masjid ini terutama pada hari jumaat telah bertambah dan dianggarkan seramai 1400 orang.Ini disebabkan lokasi Masjid terletak bersebelahan jalan utama antara Butterworth ke Pantai Timur dan menjadi tempat persinggahan untuk berehat dan mengerjakan solat 5 waktu.
          Sudah berkurun lamanya,masjid ini TIADA MENARA yang menandakan symbol sesebuah masjid.Ia juga digunakan untuk meletakkan speaker-speaker bagi azan didengari oleh seluruh penduduk khairiah.

Daripada
Shahidan Mohamad Ali,(019-4186969)
(Setiausaha Pembangunan  dan Pemangku Setiausaha Khairiah
Masjid  Al Huda Kampung Hangus).

 
UCAPAN DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KHAIRIAH MASJID AL-HUDA
KAMPUNG HANGUS 09200 KUPANG,BALING DARULAMAN.
Assalamualaikum wta……
           Marilah sama-sama kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah swt kerana kita masih lagi dipanjangkan usia dan berada didalam keadaan sihat disamping sanak-saudara,rakan taulan seluruh muslimim dan muslimat berada yang aman sejahtera.
           Saya Hj Hassan Bin Hj Yaakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Khairiah Masjid Al- Huda Kupang dan juga mewakili  Jawatankuasa  Khairiah dan Jawatankuasa Pembangunan Masjid yang telah bermesyuarat pada 11/11/2011,jam 8.45 malam(selepas solat isya) bertempat di perkarangan masjid Al-Huda dan telah membuat keputusan untuk menyambung membina,memperbaiki dan mengubahsuai masjid yang sedia ada(masjid yang dibina pada tahun 1932 dan perlukan diperbaiki,diubahsuai kerana keadaan struktur bangunan yang retak dan belum mempunyai pagar dari tahun 1932 hingga sekarang).
            Dengan ini,saya merayu kepada penderma-penderma yang budiman agar dapat menyambung derma khairat bagi maksud membina,mengubahsuai,memperbaiki ,membina pagar dan kerja-kerja yang bersangkutan dengannya.Anggaran yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Agama Negeri  Pulau Pinang sebanyak RM 250 000.00.Ini disebabkan lokasi masjid terletak dilaluan jalan utama iaitu dari Butterworth ke Pantai Timur(diantara Butterworth-Kulim-Kupang-Grik-Kelantan).Masjid ini juga menjadi salah satu tempat persinggahan utama oleh pengguna-pengguna yang menggunakan jalanraya utama ini tidak kira siang ataupun malam(terutama pengguna dari negeri Perak,Kelantan,Terengganu dan Selatan tanahair).
            Oleh itu,keselamatan masjid selalu terganggu kerana ketiadaan pagar di kawasan masjid/kubur dan menyebabkan berlakunya kecurian,binatang -binatang yang tidak diingini  datang merosakkan batu nisan.Dengan itu,saya amat berharap dan merayu kepada penderma-penderma agar dapat memberi sumbangan FISABILILLAH kepada Masjid Al-Huda Kupang,Baling,Kedah.Segala sumbangan dan jasa baik penderma-penderma,saya mengucapkan jutaan terima kasih dan mengharapkan Allah swt menambahkan lagi ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.Pihak masjid telah mendapat permit daripada Masjid Agama Islam Negeri Kedah Dan juga Pulau Pinang.Pihak juga mempunyai resit yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Kedah Dan Pulau Pinang.Untuk menderma melalui akaun di bawah:
   BANK          :     BANK ISLAM
NO AKAUN   :   02048020471238 
TETUAN         :  MASJID AL HUDA KAMPONG HANGUS



Sekian terima kasih,
drp:Ust Hj Hassan Bin Hj Yaakob
Pengerusi dan Imam Masjid Al Huda Kampung Hangus
09200 Kupang,Baling,Kedah.







Monday, 23 July 2012

Tempat Mengambil Wuduk

Masjid Alhuda Kampung Hangus memerlukan RM 38,000.00 untuk menyiapkan tempat mengambil wuduk ( lantai , mozek , siling dan wiring ) . keluasannya 80 x 60 persegi .