ASSALAMUALAIKUM WTA..KEPADA DERMAWAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT....
SUASANA KESESAKAN MASJID AL HUDA KAMPUNG HANGUS
AHLI JAWATANKUASA MEMOHON DERMAWAN MEMBANTU MASJID INI.
MEMBESARKAN MASJID,TEMPAT WUDUK LELAKI/PEREMPUAN,TANDAS PEREMPUAN,
MIHRAT YANG RETAK DAN KUBAH YANG BERKARAT.SAYA MEMOHON KEPADA DERMAWAN UNTUK DATANG SENDIRI MELIHAT KEADAAN MASJID INI.KESELURUHAN KOS UNTUK MENGUBAHSUAI,MENGANTIKAN,MEMBUAT PENAMBAHAN DAN LAIN-LAIN SEBANYAK RM 250 000.00 DAN AJK MASJID MENGHARAPKAN DERMAWAM DAPAT MENYUMBANG SEBERAPA BANYAK YANG DAPAT
UNTUK PENGETAHUAN
Masjid Al Huda Kampung Hangus,Mukin
Kupang,Baling,Kedah telah dibina pada tahun 1932.Terletak dilaluan jalanraya
Butterworth ke Pantai Timur dan 5 KM Dri Pekan Kupang.Pada peringkat permulaan
Masjid dibina dengan semangat gotong-royong oleh penduduk-penduduk sekitar yang
terdiri daripada 8 buah kampung iaitu Kampung Hangus,Kampung Pisang,Kampung
Charok Rambai,Kampung Pak Bong,Kampung Tok Saba,Kampung Bedang Becah,Kampung
Bedang Padang dan Kampung Penghulu Hassan.Jumlah jemaah keseluruhan daripada 8 buah kampung ialah 130
orang.Pertambahan penduduk sedikit demi sedikit,maka pihak JawatanKuasa
Khairiah Masjid telah memperluaskan bangunan Masjid pada tahun 1991 melalui
wang kutipan wakaf daripada penduduk-penduduk sekitar.
Sekitar tahun 1995,Sekolah Menengah
Agama(Arab)Yayasan Khairiah telah mewujudkan sistem asrama penuh melibat
pelajar yang dianggarkan seramai 1000 orang yang mana pelajar-pelajar ini
menggunakan Masjid ini terutama pada hari Jumaat.Ini menyebabkan Masjid pada
hari jumaat,tiada ruang untuk jemaah menunaikan solat Jumaat dan terpaksa
bersembahyang di luar Masjid.Pada ketika itu penambahan jemaah pada hari jumaat
dianggarkan seramai 1200 orang.
Menjelang pada tahun 2008,bilangan
jemaah menggunakan Masjid ini terutama pada hari jumaat telah bertambah dan
dianggarkan seramai 1400 orang.Ini disebabkan lokasi Masjid terletak
bersebelahan jalan utama antara Butterworth ke Pantai Timur dan menjadi tempat
persinggahan untuk berehat dan mengerjakan solat 5 waktu.
Sudah berkurun lamanya,masjid ini TIADA MENARA yang menandakan symbol
sesebuah masjid.Ia juga digunakan untuk meletakkan speaker-speaker bagi azan
didengari oleh seluruh penduduk khairiah.
Daripada
Shahidan
Mohamad Ali,(019-4186969)
(Setiausaha Pembangunan dan Pemangku Setiausaha Khairiah
Masjid
Al Huda Kampung Hangus).
UCAPAN
DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KHAIRIAH MASJID AL-HUDA
KAMPUNG
HANGUS 09200 KUPANG,BALING DARULAMAN.
Assalamualaikum
wta……
Marilah sama-sama kita melafazkan
rasa kesyukuran kehadrat Allah swt kerana kita masih lagi dipanjangkan usia dan
berada didalam keadaan sihat disamping sanak-saudara,rakan taulan seluruh
muslimim dan muslimat berada yang aman sejahtera.
Saya Hj Hassan Bin Hj Yaakob selaku
Pengerusi Jawatankuasa Khairiah Masjid Al- Huda Kupang dan juga mewakili Jawatankuasa
Khairiah dan Jawatankuasa Pembangunan Masjid yang telah bermesyuarat
pada 11/11/2011,jam 8.45 malam(selepas solat isya) bertempat di perkarangan
masjid Al-Huda dan telah membuat keputusan untuk menyambung membina,memperbaiki
dan mengubahsuai masjid yang sedia ada(masjid yang dibina pada tahun 1932 dan
perlukan diperbaiki,diubahsuai kerana keadaan struktur bangunan yang retak dan
belum mempunyai pagar dari tahun 1932 hingga sekarang).
Dengan ini,saya merayu kepada
penderma-penderma yang budiman agar dapat menyambung derma khairat bagi maksud
membina,mengubahsuai,memperbaiki ,membina pagar dan kerja-kerja yang
bersangkutan dengannya.Anggaran yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri
Kedah dan Jabatan Agama Negeri Pulau
Pinang sebanyak RM 250 000.00.Ini disebabkan lokasi masjid terletak dilaluan
jalan utama iaitu dari Butterworth ke Pantai Timur(diantara
Butterworth-Kulim-Kupang-Grik-Kelantan).Masjid ini juga menjadi salah satu
tempat persinggahan utama oleh pengguna-pengguna yang menggunakan jalanraya
utama ini tidak kira siang ataupun malam(terutama pengguna dari negeri
Perak,Kelantan,Terengganu dan Selatan tanahair).
Oleh itu,keselamatan masjid selalu
terganggu kerana ketiadaan pagar di kawasan masjid/kubur dan menyebabkan
berlakunya kecurian,binatang -binatang yang tidak diingini datang merosakkan batu nisan.Dengan itu,saya
amat berharap dan merayu kepada penderma-penderma agar dapat memberi sumbangan
FISABILILLAH kepada Masjid Al-Huda Kupang,Baling,Kedah.Segala sumbangan dan
jasa baik penderma-penderma,saya mengucapkan jutaan terima kasih dan
mengharapkan Allah swt menambahkan lagi ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.Pihak masjid telah mendapat permit daripada Masjid Agama Islam Negeri Kedah Dan juga Pulau Pinang.Pihak juga mempunyai resit yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Kedah Dan Pulau Pinang.Untuk menderma melalui akaun di bawah:
BANK : BANK ISLAM
NO AKAUN : 02048020471238
TETUAN : MASJID AL HUDA KAMPONG HANGUS
Sekian terima kasih,
drp:Ust Hj Hassan Bin Hj Yaakob
Pengerusi dan Imam Masjid Al Huda Kampung Hangus
09200 Kupang,Baling,Kedah.